beautypg.com

Medan elektro magnet (emf), Bersedia untuk menggunakannya, Menggunakan perkakas – Philips InfraPhil Infrarotlampe User Manual

Page 33: Kesan infraphil, Aplikasi, Aplikasi terapeutik, Penggunaan kosmetik, Penggunaan lain, Menggunakan infraphil

background image

Medan Elektro Magnet (EMF)

Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).

Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat

untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.

Bersedia untuk menggunakannya

Jangan gantungkan perkakas dari siling atau di dinding.

1

Bukakan kord sesalur utama sepenuhnya.

2

Letakkan perkakas di atas permukaan stabil dan mendatar serta pastikan terdapat sekurang-

kurangnya 15 mm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan

melampau.

Menggunakan perkakas

Kesan infraPhil

InfraPhil memancarkan cahaya inframerah, yang menembusi jauh ke dalam kulit dan menghangatkan

tisu. Kehangatan ini memodulatkan isyarat neuron ke otak dan dengan itu mengurangkan kesakitan.

Kehangatan juga merangsang peredaran darah dan mengembangkan pembuluh darah, yang akan

melajukan penghantaran bahan yang perlu untuk membina semula dan menyuburkan tisu badan.

Tambahan lagi, cahaya inframerah mempercepatkan proses metabolisme dan pengeluaran bahan

buangan daripada badan. Oleh kerana ia menjadikan tisu mudah dilenturkan, kehangatan juga

mengurangkan kekejangan dan menjadikan sendi lebih mudah lentur.

Disebabkan kesan-kesan ini, rawatan menggunakan InfraPhil dapat melegakan sementara kesakitan

akibat masalah otot dan sendi, dan ia sesuai bagi kegunaan kosmetik.
Nota: Sila baca bahagian ‘Amaran’ dalam bab ‘Penting’ dan ikuti arahan yang tertera di sana

sebelum anda menggunakan perkakas.

aplikasi
aplikasi terapeutik

InfraPhil adalah perkakas terapi kehangatan setempat. Kemungkinan penggunaan terapeutik:

- Rawatan untuk sakit otot yang sekali-sekala atau kronik, otot kejang dan sendi kejang.

- Rawatan untuk sakit bahagian bawah belakang.

Penggunaan kosmetik

Nota: Tanggalkan semua alat solek daripada muka anda sebelum rawatan untuk hasil optimum.

InfraPhil mengekalkan kesihatan dan kebersihan kulit muka anda akibat kesan rangsangannya

terhadap peredaran darah.

- Cahaya inframerah membuka liang kulit. Ini membolehkan pembersihan kulit yang lebih baik.

- Akibat cahaya inframerah, krim atau produk penjagaan kulit yang lain diserap dengan lebih baik

dan lebih cepat oleh kulit.
Penggunaan lain

Anda juga boleh menggunakan InfraPhil untuk tujuan-tujuan berikut:

- Pengenduran otot

- Persediaan untuk mengurut

Menggunakan infraPhil

1

Tentukan jarak antara badan dan perkakas:

- Apabila anda merawat kesakitan pada otot, jarak antara lampu dan bahagian yang hendak

dirawat mestilah lebih kurang 30sm. Pastikan bahawa kehangatan itu terasa selesa pada kulit

anda. Tambahkan jarak jika kehangatan menjadi terlalu kuat.

BaHasa MElayu

33