Bermula, 1) sambungan berwayar, 2) sambungan wayarles – Asus RT-N13 User Manual
Page 343
Panduan Permulaan Ringkas Penghala Wayarles RT-N13
232
Bahasa Malaysia
Penghala Wayarles ASUS RT-N13 menepati pelbagai senario pekerjaan dengan
konfigurasi yang sesuai. Tetapan lalai penghala wayarles boleh berubah untuk
menepati keperluan anda. Dengan itu, sebelum menggunakan penghala wayarles,
periksa tetapan asas untuk memastikan semunya berfungsi dalam persekitaran
anda.
ASUS menyediakan kemudahan yang dinamakan WPS untuk konfigurasi wayarles
pantas. Jika anda ingin menggunakan WPS untuk konfigurasi penghala anda,
rujuk bab 5 manual pengguna dalam CD bantuan.
Nota: Sambungan berwayar bagi konfigurasi awal adalah disyorkan untuk
mengelakkan masalah tetapan yang mungkin berlaku disebabkan ketaktentuan
wayarles.
1) Sambungan berwayar
Penghala Wayarles RT-N13 dilengkapi kabel Ethernet dalam pakej. Penghala
wayarles mempunyai fungsi auto-lintasan bersepadu. Dengan itu, anda boleh
menggunakan sama ada kabel terus-tembus atau kabel lintasan bagi sambungan
berwayar. Pasang satu hujung kabel ke port LAN pada panel belakang penghala
dan satu lagi hujung kabel ke port Ethernet pada komputer anda.
2) Sambungan Wayarles
Untuk mewujudkan sambungan wayarles, anda memerlukan kad WLAN serasi
IEEE 802.11b/g/n. Rujuk dalam manual pengguna penyesuai wayarles anda untuk
prosedur sambungan wayarles. Secara lalai, SSID penghala wayarles adalah
dalam keadaan “lalai”(huruf kecil), penyulitan dilumpuhkan dan pengesahan sistem
terbuka digunakan.
3) Menetapkan alamat IP bagi klien berwayar atau wayarles
Untuk mengakses Penghala Wayarles RT-N13, anda mesti mempunyai tetapan
TCP/IP yang betul pada klien berwayar atau wayarles. Tetapkan alamat IP klien
dalam subnet RT-N13 yang sama.
Mendapatkan alamat IP secara automatik
Penghala Wayarles RT-N13 mengintegrasikan fungsi pelayan DHCP, dengan itu,
komputer anda mendapat alamat IP secara automatik.
Nota: Sebelum boot semula PC anda, HIDUPKAN penghala wayarles dan pastikan
penghala dalam keadaan sedia.
4. Bermula