beautypg.com

Pembasuhan udara – Samsung WD8122CVD User Manual

Page 57

background image

membasuh sebeban kain kotor

_21

02 MEMBASUH SEBEBAN KAIN KOTOR

Pembasuhan udara

Pembasuhan udara boleh menyegar semula kain tanpa menggunakan air oleh sebab sistem
udaranya yang berkuasa. Pakaian yang boleh disegar semula termasuk kot wulen, jumper kapas
atau bulu kapas, baju panas dan sut. (Dua item atau kurang (kurang daripada 1 kg))

1. Buka pintu, masukkan kain ke dalam pembasuh dan tutup pintu.

2. Tekan butang Power (Kuasa).

3. Pilih Air wash (Pembasuhan udara) dengan memutar Pemilih Kitaran.

• Putar Cycle Selector (Pemilih Kitaran) untuk mengitar program-program yang berikut:

Kait, Kot, Peralatan Tempat Tidur, Bebas Alahan, ...

MOD

MASA KITARAN

Kait

20 min

Kot

26 min

Peralatan Tempat Tidur

40 min

Bebas Alahan

1:18 min

• Bebas Alahan: Pilih program ini untuk mensteril kain anda, misalnya terhadap sengkenit.

Oleh kerana suhu meningkat melebihi 90 °C, pakaian yang peka terhadap haba boleh
berubah bentuk atau rosak.

• Peralatan Tempat Tidur: Program ini termasuk peralatan tempat tidur kapas.

Bagaimanapun, kain nilon boleh berubah bentuk atau rosak.

• Anda mungkin berasa panas apabila menyentuh kain selepas kitaran Pembasuhan

udara selesai. (Purata 40 °C ~ 48 °C)

• Apabila salah satu daripada pilihan-pilihan ini telah dipilih, tiada butang lain yang boleh

dipilih dan anda hanya boleh memilih masa tunda tamat maksimum selama 19 jam.

4. Tutup pintu dan tekan butang Start/Pause (Mula/Berhenti Sebentar).

• Apabila terdapat air di dalam tab,

Pembasuhan udara tidak boleh dipilih. Salirkan air

dan pilih

Pembasuhan udara.

• Tekan butang

Start/Pause (Mula/Berhenti Sebentar) atau Power (Kuasa) untuk

mengeluarkan kain.

• Helaian wangian atau pengering boleh digunakan dengan program Pembasuhan udara

untuk menambah bau wangi pada kain anda yang disegar semula (satu helaian bagi
setiap dua item).

Elakkan Membasuh udara pakaian-pakaian berikut:
• Pakaian yang peka diperbuat daripada kulit, bulu mink, bulu, sutera, dll.
• Hiasan pada pakaian dalam dengan kemasan les, kusyen anak patung yang ‘digam’,

dan sut baju gaun mungkin menjadi longgar.

• Pakaian yang dihias dengan butang boleh menyebabkan ia pecah.
• Pakaian berkanji boleh berubah bentuk.

Elakkan daripada menggunakan pakaian berikut untuk program

Bebas Alahan:

• Peralatan Tempat Tidur keras seperti bantal kayu (sandaran leher)

- Bantal atau selimut yang diisi dengan plastik atau kanji dan bukan kapas
- Selimut elektrik

• Selimut berbulu
• Selimut tebal

WD8122CVB-02574C_MA.indd 21

2008-06-09 ¿АИД 3:57:14

This manual is related to the following products: