beautypg.com

Maklumat keselamatan – Samsung WD8122CVD User Manual

Page 40

background image

4_ maklumat keselamatan

maklumat keselamatan

Dalam buku panduan ini, anda akan melihat nota-nota Amaran

dan Awas

.

Amaran-amaran, nasihat awas, dan arahan keselamatan penting yang berikut
tidak merangkumi semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Adalah menjadi
tanggungjawab anda untuk menggunakan kebijaksanaan anda, berjaga-jaga dan
berhati-hati apabila memasang, menyenggarakan, dan mengendalikan mesin
basuh anda. Samsung tidak bertanggungjawab bagi kerosakan yang berlaku akibat
penggunaan yang tidak betul.

SIMBOL-SIMBOL KESELAMATAN DAN LANGKAH-LANGKAH

BERJAGA-JAGA PENTING

Apa maksud ikon-ikon dan tanda-tanda dalam buku panduan

pengguna ini:

AMARAN

Bahaya atau amalan tidak selamat yang boleh mengakibatkan
kecederaan diri yang teruk atau kematian.

AWAS

Bahaya atau amalan tidak selamat yang boleh mengakibatkan
kecederaan diri yang tidak teruk atau kerosakan harta benda.

AWAS

Untuk mengurangkan risiko kebakaran, letupan, kejutan elektrik, atau
kecederaan diri semasa menggunakan mesin basuh anda, ikut langkah-
langkah keselamatan asas ini:

JANGAN cuba.

JANGAN rungkas.

JANGAN sentuh.

Ikut arahan dengan benar-benar teliti.

Cabut palam kuasa dari soket dinding.

Pastikan mesin dibumikan untuk mencegah kejutan elektrik.

Hubungi pusat perkhidmatan untuk mendapatkan bantuan.

Tanda-tanda amaran ini adalah untuk mencegah kecederaan ke atas anda atau orang lain.
Sila ikutnya dengan benar-benar teliti.
Selepas membaca bahagian ini, simpan ia di tempat yang selamat untuk rujukan pada
masa depan.

Baca semua arahan sebelum menggunakan alat ini.

Seperti sebarang alat yang menggunakan elektrik dan bahagian-bahagian yang
bergerak, bahaya yang boleh berlaku sedia ada. Untuk mengendalikan alat ini dengan
selamat, anda harus membiasakan diri dengan pengendaliannya dan berhati-hati apabila
menggunakannya.

Pasang dan simpan mesin basuh anda di dalam, jauh dari pendedahan kepada cuaca.

Pasang dan ratakan mesin basuh anda di atas lantai yang boleh menyokong beratnya.

Mesin basuh anda mesti dibumikan dengan betul. Jangan sekali-kali memalamkannya pada
salur keluar elektrik yang tidak dibumikan.

WD8122CVB-02574C_MA.indd 4

2008-06-09 ¿АИД 3:56:55

This manual is related to the following products: