Samsung WD8122CVD User Manual
Page 41
maklumat keselamatan
_5
Untuk mengurangkan risiko kebakaran atau letupan:
• Jangan basuh item-item yang telah dibasuh, direndam, atau diolah dengan gasolin,
pelarut pembersih kering, atau bahan-bahan mudah terbakar atau meletup. Ia
mengeluarkan wap yang boleh mencucuh atau meletup. Bilas dengan tangan sebarang
kain yang telah didedahkan kepada pelarut pembersih atau cecair atau pepejal
mudah terbakar yang lain sebelum memasukkan ia ke dalam mesin basuh anda.
Pastikan semua kesan cecair, pepejal, dan wasap yang demikian telah ditanggalkan.
Bahan-bahan berbahaya termasuk aseton, alkohol ternyahasli, gasolin, minyak tanah,
pembersih rumah dan penanggal kotoran cecair tertentu, turpentin, lilin, dan penanggal
lilin.
• Jangan masukkan gasolin, pelarut pembersih kering, atau bahan-bahan mudah terbakar
atau meletup ke dalam mesin basuh.
• Dalam keadaan tertentu, gas hidrogen boleh dihasilkan dalam sistem air panas – seperti
pemanas air panas anda – yang tidak digunakan selama dua minggu atau lebih. GAS
HIDROGEN MUDAH MELETUP. Jika sistem air panas anda tidak digunakan selama dua
minggu atau lebih, buka semua paip air panas di rumah anda, dan biarkan air mengalir
selama beberapa minit sebelum menggunakan mesin basuh anda. Ini akan melepaskan
sebarang gas hidrogen yang terkumpul. Oleh kerana gas hidrogen mudah terbakar,
jangan merokok atau menyalakan api terbuka pada masa ini.
Alihudara dengan segera tanpa menyentuh palam kuasa jika terdapat kebocoran gas.
Cabut kord kuasa sebelum menservis mesin basuh anda.
Sebelum setiap pembasuhan, kosongkan kocek-kocek pakaian anda. Benda keras
yang kecil, berbentuk tidak tentu, seperti duit syiling, pisau, pin, dan klip kertas boleh
merosakkan mesin basuh anda. Jangan basuh pakaian dengan kancing atau butang besar,
atau logam berat lain.
Jangan buka pintu mesin basuh jika anda masih boleh melihat air. Periksa bagi memastikan
air telah disalirkan sebelum membuka pintunya.
Jangan baiki, gantikan, atau servis sebarang bahagian mesin basuh anda sendiri kecuali
anda faham sepenuhnya arahan pembaikan pengguna yang disyorkan dan mempunyai
kemahiran untuk melakukan kerja tersebut. Kerja yang dilakukan oleh seseorang yang tidak
diberi kuasa boleh menjadikan waranti anda tidak sah.
Sambungkan mesin basuh anda pada sesalur air menggunakan set hos yang baru. Jangan
gunakan semula set hos yang lama.
Hos-hos salur masuk air lambat laun akan rosak. Periksa hos-hos secara berkala bagi
mengesan tanda gelembong, pintal, koyak, haus, dan bocor, dan gantikan ia seperlunya
dan sekurang-kurangnya setiap lima tahun.
Bahan untuk membungkus mungkin merbahaya kepada kanak-kanak; simpan semua
bahan membungkus (beg plastik, polistirena, dll) jauh dari kanak-kanak.
Semua pembungkusan dan bolt penghantaran mesti ditanggalkan sebelum alat ini
digunakan. Kerosakan serius boleh berlaku jika ia tidak ditanggalkan. Lihat “Menanggalkan
bolt penghantaran”.
Sebelum membasuh pakaian buat pertama kali, anda mestilah menjalankan satu kitaran
lengkap tanpa pakaian.
Lihat “Membasuh buat pertama kali”.
CAUTION
WD8122CVB-02574C_MA.indd 5
2008-06-09 ¿АИД 3:56:55