beautypg.com

Philips MiniVac Aspirador de mano User Manual

Page 64

background image

Memesan aksesori

Untuk membeli aksesori perkakas ini, sila lawati kedai dalam talian kami di

www.shop.philips.com/service. Sekiranya kedai dalam talian tidak

terdapat di negara anda, lawatilah pembekal Philips anda atau pusat servis

Philips. Sekiranya anda menghadapi kesukaran mendapatkan aksesori bagi

perkakas anda, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara

anda. Anda boleh menemui butirannya dalam risalah jaminan sedunia.

alam sekitar

- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah biasa pada akhir

hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitari

semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan membantu

memelihara alam sekitar (Gamb. 26).

- Bateri dapat dicas semula terbina dalam mengandungi bahan yang

boleh mencemarkan alam sekitar. Keluarkan bateri apabila anda

membuang perkakas ini. Jangan buang bateri dengan sisa rumah

tangga biasa, tetapi serahkannya di pusat kutipan rasmi. Anda juga

boleh membawa perkakas tersebut ke pusat servis Philips. Kakitangan

di pusat ini akan mengeluarkan bateri untuk anda dan membuangnya

dengan cara yang mesra alam (Gamb. 27).
Menjimatkan kuasa

Jika anda tidak menggunakan perkakas buat tempoh masa yang panjang,

cabut plag penyesuai dari soket dinding untuk menjimatkan kuasa.

Membuang bateri dapat dicas semula

Bateri NiMH mungkin meletup apabila didedahkan kepada suhu yang

tinggi atau kebakaran.
Hanya tanggalkan bateri dapat dicas semula apabila mereka betul-betul

kosong.
Keluarkan bateri dapat dicas semula dengan cara berikut.

1

Biarkan pembersih vakum berjalan sampai ia berhenti, buka skru

dan buka pembersih vakum (Gamb. 28).

Bahasa MElayu

64

This manual is related to the following products: