beautypg.com

Philips MiniVac Aspirador de mano User Manual

Page 57

background image

- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau bahagian

lain telah rosak.

- Penyesuai dan unit pengecasan perkakas ini tidak boleh digantikan. Jika

penyesuai atau unit pengecasan rosak, perkakas mesti dibuang.

- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk

kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental,

atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah

diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini

oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka

tidak bermain dengan perkakas ini.
awas

- Keluarkan penyesuai dari soket dinding sebelum anda membersihkan

pengecas.

- Hanya cas pembersih vakum dengan penyesuai dan pengecas yang

disediakan. Semasa pengecasan, penyesuai terasa panas apabila

disentuh. Ini adalah biasa.

- Jangan pegang perkakas dengan petak habuk menuding ke atas dan

jangan condongkan perkakas ke sisi semasa menyedut cecair.

- Selalu mematikan pembersih vakum selepas penggunaan.

- Voltan pada jalur sesentuh di dalam unit pengecasan adalah rendah

(maks. 12 volt) maka ia tidak berbahaya.

- Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.

- Matikan perkakas apabila anda mengecasnya semula.

- Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.

- Setelah anda menggunakan perkakas untuk menyedut cecair,

kosongkan dan keringkan petak habuk sebelum anda menyimpan

perkakas ke dalam pengecas.

- Untuk mengelak risiko kejutan elektrik, berhati-hati apabila

menggerudi lubang pada dinding untuk memasang unit pengecasan,

terutamanya jika berhampiran dengan soket dinding.
Medan elektromagnet (EMF)

Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan

elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul

dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk

digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.

Bahasa MElayu

57

This manual is related to the following products: