Menggunakan set kepala anda, Memakai peranti bluetooth anda – Philips SHB1300-97 User Manual
Page 16
30
31
Setelah beberapa saat, sambungan antara set kepala anda dan telefon bimbit
akan terbina. Jika dibantu ingat oleh telefon bimbit anda sama ada untuk
menerima sambungan dengan set kepala, sila sahkan untuk membina hubungan
Bluetooth. Anda sekarang telah sedia untuk bercakap!
Menggunakan set kepala anda
Menjawab panggilan masuk
HS akan berbunyi apabila ada panggilan masuk. Tekan butang pelbagai fungsi
S1 untuk menjawab panggilan tersebut. LED yang berwarna hijau akan berkelip
pantas (sekali setiap satu saat) sepanjang panggilan berlangsung.
Memindahkan panggilan (Ada jika disokong oleh telefon bimbit anda)
Semasa anda berada dalam sesi perbualan, panggilan boleh dipindahkan dari
telefon Bluetooth ke HS dan dari HS ke telefon Bluetooth.
Untuk memindahkan panggilan dari HS ke telefon Bluetooth, sila ikut arahan
operasi telefon anda.
Untuk memindahkan panggilan dari telefon Bluetooth ke HS: tekan S1 sekali;
panggilan akan dipindahkan ke HS.
Menyenyapkan mikrofon
Untuk menyenyapkan mikrofon semasa panggilan aktif:
●
Tekan butang-butang kawalan kelantangan S2 dan S3 serentak untuk kira-kira
1 saat. Satu nada bip berkala akan kedengaran semasa fungsi senyap aktif.
Untuk menamatkan fungsi senyap:
●
Tekan butang-butang kawalan kelantangan S2 dab S3 serentak. Nada bip
berkala akan berhenti.
Menamatkan panggilan
Tekan S1 untuk menamatkan panggilan yang sedang berlangsung. Setelah
panggil diputuskan, LED hijau akan menyala sekali dalam setiap tiga saat.
Mendail menggunakan suara
1. Pastikan fungsi mendail menggunakan suara mungkin telah dilakukan pada
telefon bimbit.
2. Tekan butang pelbagai fungsi S1 pada HS selepas itu.
3. Selepas mendengar isyarat mendail menggunakan suara (empat nada pic
rendah hingga tinggi), sebut nama orang tersebut seperti yang direkodkan
dalam telefon bimbit anda. Panggilan akan disambungkan dalam beberapa
saat.
Mendail semula nombor terakhir didail (Ada jika disokong oleh telefon bimbit
anda)
Untuk mendail semula nombor terakhir didail, tekan dan pegang kunci kelantangan
rendah S3 selama 2 saat. Satu nada rendah yang pendek akan menunjukkan
usaha untuk mendail.
Menolak panggilan masuk (Ada jika disokong oleh telefon bimbit anda)
Untuk menolak panggilan masuk, tekan butang pelbagai fungsi S1 dan pegangnya
sehingga anda mendengar satu nada bip panjang, kemudian lepaskannya.
Melaraskan kelantangan pembesar suara
Semasa panggilan sedang dalam sesi:
●
Tekan dan lepaskan S2 untuk meninggikan kelantangan pembesar suara dan
●
Tekan dan lepaskan S3 untuk merendahkan kelantangan pembesar suara.
Satu nada kunci akan menunjukkan sebarang ketinggian atau kerendahan kela-
ntangan. Satu nada isyarat pic yang lebih tinggi akan memberi amaran berjaga-
jaga kepada anda apabila tahap kelantangan telah mencapai tahap maksimum
atau minimumnya.
Memakai peranti Bluetooth anda
Pilihan cara pemakaian
Set kepala Bluetooth boleh dilekatkan ke pakaian anda
dengan klip besi atau dipakai di leher.
Untuk menukar dari cara klip kepada cara seperti
memakai rantai, sambungkan tali penyangkut dengan
tiga langkah:
1.Lekatkan penyambung-Y (S6) kepada kabel penyu-
mbat telinga dekat dengan alat Bluetooth.
2.Lekatkan penggelongsor (S5) kepada kabel penyu-
mbat telinga di bawah klip (S4).
3.Tetapkan kedudukan penggelongsor dengan mele-
katkan klip (S4) ke kabel penyumbat telinga.
Anda boleh memisahkan tali penyangkut dari penyu-
mbat telinga pada bila-bila masa.