Langkah permulaan – Philips SHB1300-97 User Manual
Page 15
28
29
Set kepala Bluetooth Mono SHB1300
Tahniah! Anda baru sahaja membeli set kepala Philips Bluetooth tercanggih.
Dengan Philips SHB 1300 anda boleh menikmati kemudahan komunikasi
bebas tangan dengan telefon yang berkuasa Bluetooth. Manual arahan ini
akan membantu anda untuk bermula dengan pantas dan mencapai prestasi
terbaik dari set kepala anda.
Langkah Permulaan
Mengecas set kepala anda
Sebelum anda menggunakan set kepala anda untuk
kali pertama, cas bateri selama 6 jam untuk kapasiti
dan jangka hayat optima bateri.
Hanya gunakan pengecas original (5V) untuk men-
gecas set kepala. Menggunakan pengecas lain boleh
merosakkan atau membinasakan set kepala anda!
Palamkan penyesuai AC ke sumber kuasa dan
sambungkan kabel pengecas ke soket DC set kepala.
Semasa mengecas semula, penunjuk LED akan
mengeluarkan lampu merah tetap. Pengecasan
telah selesai sebaik sahaja suis LED mati. Lazimnya
pengecasan penuh mengambil masa 3 jam.
LED set kepala akan menyala merah dan bukannya
hijau apabila tenaga bateri rendah dan anda akan
mendengar nada bip yang pendek setiap beberapa
minit. Tamatkan panggilan anda sebelum mengecas
kerana menyambungkan pengecas ke set kepala
akan meletakkan set kepala anda dalam keadaan
mengecas dan boleh menyebabkan panggilan yang
sedang berlangsung terputus. Sebaik sahaja bateri
lemah, anda tidak boleh memberikan kuasa kepada
set kepala kecuali apabila pengecas disambungkan.
Menyesuaikan set kepala anda kepada telefon
bimbit anda
Set kepala Bluetooth anda mesti disesuaikan kepada
telefon bimbit anda sebelum digunakan untuk per-
tama kali dengan telefon anda. “Penyesuaian” akan
mewujudkan satu hubungan encrypted yang unik
antara telefon bimbit anda dan set kepala anda.
1.Pastikan HS telah dimatikan, dicas dan ditanggalkan dari kabel pengecas
sebelum anda mula membuat penyesuaian.
2 .U n t u k m e n g a k t i f k a n k e a d a a n p e n y e s u a i a n , t e k a n d a n p e g a n g b u t a n g
pelbagai fungsi S1 selama 4 saat sehingga LED mula menyalakan warna
merah dan hijau secara berganti-ganti. HS akan berada dalam keadaan
penyesuaian selama 4 minit, untuk menyesuaikan semula selepas 4 minit,
ulangi langkah di atas.
3.Ikut arahan operasi telefon bimbit anda untuk memulakan proses penyesu-
a i a n . L a z i m n y a , i n i m e l i b a t k a n m e n g a k s e s s a t u m e n u y a n g d i p a n g g i l
“Setup”, “Bluetooth” atau “Connectivity” dan memilih pilihan untuk menemui
atau mencari peranti Bluetooth. Selepas beberapa saat masa mencari,
telefon anda sepatutnya menunjukkan yang ia telah jumpa “Philips SHB1300”.
4.Setelah memilih set kepala kepada telefon bimbit anda, lazimnya anda perlu
mengesahkan penyesuaian tersebut dan memasukkan satu kunci laluan
atau PIN. Sila masukkan kepada set kepala PIN “0000” (4 kosong).
LED set kepala akan menyala hijau setiap 3 saat, menunjukkan penyesuaian
berjaya. Jika telefon anda bertanya sama ada anda ingin menukar nama set
kepala, anda boleh sahkan nama “Philips SHB 1000” atau tukarkannya. Anda
sekarang telah sedia untuk bercakap!
Sekiranya penyesuaian tidak berlaku seperti yang dijangkakan, matikan set
kepala dan telefon untuk 10 saat. Hidupkan semula set kepala dan telefon
dan ulangi langkah 1-4.
Menghidupkan set kepala anda
Semasa set kepala (HS) dimatikan, tekan dan pegang butang pelbagai fungsi
sehingga LED hijau memberi isyarat selama 1 saat dan satu nada rendah
diikuti dengan satu nada tinggi akan menunjukkan yang HS telah berkuasa
tinggi. Sebaik sahaja HS telah berkuasa tinggi, LED hijau akan menyala setiap
3 saat.
Mematikan set kepala anda
Semasa HS berkuasa tinggi, tekan dan pegang S1 selama 3 saat. Satu nada
tinggi diikuti dengan satu nada rendah akan menunjukkan kuasa HS telah
dikurangkan. Penunjuk LED akan terus menyala merah sehingga S1 dilepaskan.
Menyambungkan set kepala Bluetooth anda
Penyesuaian hanya perlu dilakukan sekali sahaja semasa permulaan. Sele-
pas penyesuaian permulaan, ikuti semua langkah mudah ini untuk menyam-
bung set kepala Bluetooth anda kepada telefon bimbit anda:
●
Pastikan Bluetooth telah disambungkan pada telefon bimbit anda.
●
Hidupkan set kepala