Bahasa melayu – Philips BEARDTRIMMER Series 3000 barbero para barba y barba de 2 días User Manual
Page 51
Bahasa MElayu
51
pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang
ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips,
daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
perihalan umum (gamb. 1)
1 Sikat perapian
2 Unit pemotong
3 Gegelang pelarasan Kunci Zum Tepat™
4 Gelangsar hidup/mati dengan penunjuk bateri
5 Soket untuk plag perkakas
6 Pau
7 Berus
8 Plag perkakas
9 Penyesuai
penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda
menggunakan perkakas dan simpan ia untuk rujukan
masa depan.
Bahaya
- Pastikan penyesuai tidak menjadi basah.
amaran
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong
penyesuai untuk menggantinya dengan plag yang lain,
kerana ini akan menyebabkan keadaan berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan
berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.