Philips Avance Collection Batidora de mano User Manual
Page 4

Soalan lazim
Soalan
Jawapan
Mengapa perkakas
menghasilkan bunyi
bising, bau yang tidak
menyenangkan, asap
atau terasa panas?
Perkakas mungkin telah digunakan terlalu
lama tanpa henti. Jika ini sebabnya, berhenti
menggunakan perkakas dan biarkan ia
menyejuk selama 60 minit. Jika masalah ini
berterusan, hubungi penjual Philips anda atau
pusat servis yang disahkan oleh Philips.
Bolehkah saya
memproses bahan-
bahan yang panas
mendidih?
Biarkan bahan-bahan menyejuk hingga kira-kira
80°C/175°F sebelum anda memprosesnya.
Apakah saiz bahan-
bahan yang dikehendaki
sebelum saya
memprosesnya?
Potong bahan-bahan menjadi kepingan sebesar
kira-kira 2x2cm.
Mungkinkah perkakas
akan rosak sekiranya
bahan yang terlalu keras
diproses?
Ya, perkakas mungkin rosak jika anda
memproses bahan-bahan yang terlalu keras
seperti tulang dan buah-buahan dengan batu.
Walau bagaimanapun, perkakas adalah sesuai
untuk memproses bahan-bahan seperti keju
Parmesan atau coklat.
Kenapa perkakas tiba-
tiba berhenti berfungsi?
Sesetengah bahan keras mungkin menyekat
unit bilah. Lepaskan suis pencetus dan cabut
plag perkakas. Kemudian tanggalkan unit motor
dan keluarkan bahan yang menyekat unit bilah.
Resipi
Inti penkek
Resipi ini boleh disediakan dengan pencincang XL. Pencincang XL bukan
aksesori standard, tetapi boleh dipesan sebagai aksesori tambahan. Lihat bab
‘Memesan aksesori’.
Ramuan:
- 120g madu
- 110g buah prun
1
Simpan madu dan buah prun di dalam peti sejuk selama beberapa
jam pada 3°C.
2
Letakkan unit bilah pencincang XL ke dalam mangkuk pencincang.
3
Masukkan buah prun ke dalam mangkuk pencincang XL dan tuangkan
madu ke atasnya.
4
Letakkan mangkuk buah prun itu ke dalam peti sejuk selama
1 jam pada 3°C.
5
Letakkan tudung pencincang XL di atas mangkuk kemudian ketatkan
unit motor pada mangkuk.
6
Tekan suis pencetus sedalam mungkin untuk mendapatkan kelajuan
paling tinggi dan biarkan pencincang beroperasi selama 5 saat pada
kelajuan ini.
ภาษาไทย
ขอมูลเบื้องตน
ขอแสดงความยินดีที่คุณสั่งซื้อและยินดีตอนรับสผลิตภัณฑของ Philips! เพื่อใหคุณไดรับประโยชนอยางเต็มที่จากบริการที่
Philips มอบให โปรดลงทะเบียนผลิตภัณฑของคุณที่ www.philips.com/welcome
ขอสำาคัญ
โปรดอานคมือผใชนี้อยางละเอียดกอนใชเครื่อง และเก็บไวเพื่ออางอิงตอไป
อันตราย
-
ไมควรนำาชุดมอเตอรจมลงนหรือของเหลวใดๆ และไมควรนำาไปลางใตก็อกนโดยเปดนไหลผาน ควรใชผาชุบนบิดพอ
หมาดเช็ดทำาความสะอาดแทนมอเตอรเทานั้น
คำาเตือน
-
กอนใชงานโปรดตรวจสอบแรงดันไฟที่ระบุบนผลิตภัณฑวาตรงกับแรงดันไฟที่ใชภายในบานหรือไม
-
หามใชงาน หากปลั๊กไฟ สายไฟ หรือชิ้นสวนอื่นๆ ชำารุดเสียหาย
-
ไมควรใหบุคคล (รวมทั้งเด็กเล็ก) ที่มีสภาพรางกายไมสมบูรณ ประสาทสัมผัสไมสมบูรณหรือสภาพจิตใจไมปกติ หรือขาด
ประสบการณและความรความเขาใจ นำาเครื่องนี้ไปใชงาน เวนแตจะอยในการควบคุมดูแลหรือไดรับคำาแนะนำาในการ
ใชงานโดยผที่รับผิดชอบในดานความปลอดภัย
-
เด็กเล็กควรไดรับการดูแลเพื่อปองกันไมใหเด็กนำาเครื่องนี้ไปเลน
-
หามแตะตองดานคมของชุดใบมีด โดยเฉพาะขณะที่อุปกรณกำาลังเสียบปลั๊กอย เนื่องจากดานคมของใบมีดมีความคมมาก
-
หามใชชุดใบมีดโถสับโดยไมมีโถบดสับ
-
หามใชเครื่องกับสวนผสมที่แข็ง เชน นแข็ง
-
ระมัดระวังไมใหเกิดการกระเด็นในขณะป่นสวนผสมที่อุณหภูมิสูง (สูงสุด 80°C/175°F)
-
อุปกรณทั้งหมดไมเหมาะกับการใชในเตาอบไมโครเวฟ
BAHASA MELAYU
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat
manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips,
daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan sekali-kali merendam unit motor di dalam air atau sebarang
cecair lain, mahupun membilasnya di bawah pili air. Hanya gunakan kain
lembap untuk membersihkan unit motor.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan
voltan sesalur tempatan anda.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur atau bahagian lain
telah rosak.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
- Jangan sentuh hujung pemotong pada unit bilah, terutamanya apabila
palam perkakas dipasang. Pinggir memotong adalah sangat tajam.
- Jangan gunakan unit pisau pencincang tanpa mangkuk pencincang.
- Jangan sesekali memproses bahan keras seperti kiub ais dengan
perkakas tersebut.
- Berhati-hati dan elakkan percikan ketika anda memproses bahan yang
panas (maks. 80°C/175°F).
- Tiada satu pun aksesori ini sesuai untuk digunakan di dalam ketuhar
gelombang mikro.
- Jika salah satu unit pisau tersekat, cabut palam perkakas sebelum anda
mengeluarkan bahan yang menyekat unit pisau.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang
dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak
bagi mengelakkan bahaya.
Awas
- Matikan perkakas dan putuskan sambungannya daripada sesalur kuasa
sebelum anda memasang, menanggalkan bahagiannya, menyimpannya,
membersihkannya atau membiarkannya tanpa dijaga.
- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada
pengilang lain atau yang tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika
anda menggunakan aksesori atau bahagian sedemikian, jaminan anda
menjadi tidak sah.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
- Jauhkan unit motor dari haba, api, kelembapan dan kotoran.
- Jangan melebihi kuantiti dan masa memproses yang ditunjukkan
dalam jadual.
- Jangan gunakan perkakas dengan sebarang aksesori melebihi 3 minit
secara berterusan. Biarkan perkakas menjadi sejuk selama 15 minit
sebelum anda teruskan pemprosesan.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan
pendedahan kepada medan elektromagnet.
Suis pencetus
Perkakas ini dilengkapi dengan suis pencetus.
- Lebih dalam anda menekan suis, lebih tinggi lagi kelajuan pemprosesan:
kelajuan rendah (1), kelajuan sederhana (2), kelajuan tinggi (3) (Gamb. 1).
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau barang ganti, lawati ke
www.shop.philips.com/service atau pergi ke penjual Philips anda.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda
(lihat risalah jaminan sedunia untuk butiran hubungan).
Alam sekitar
Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir
hayatnya, sebaliknya serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula.
Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara alam sekitar.
Jaminan dan sokongan
Jika anda perlukan maklumat atau sokongan, sila lawati
www.philips.com/support atau baca risalah jaminan sedunia.