beautypg.com

Mengkonfigurasi melalui antara muka web – Asus RT-N13 User Manual

Page 21

background image

Panduan Mula Pantas Penghala Wayarles L-500gP V2

19

Bahasa Malaysia

Mengkonfigurasi melalui antara muka web

1. Selepas menyediakan sambungan berwayar atau wayarles, lancarkan penyemak imbas

web. Halaman log masuk muncul secara automatik.

Nota: Anda boleh juga memasukkan alamat IP lalai penghala secara manual

(192.168.1.1) untuk melancarkan antara muka web penghala.

2. Pada halaman log masuk, masukkan nama pengguna lalai (admin) dan kata laluan (admin).

Laman utama Penghala Wayarles ASUS muncul. Laman utama ini memaparkan pautan

pantas untuk mengkonfigurasi ciri-ciri utama penghala wayarles.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ciri penghala wayarles, rujuk

manual pengguna yang disertakan dalam CD sokongan ini.

Menyediakan WAN dengan menggunakan Persediaan Internet

Pantas (QIS)

Fungsi Persediaan Internet Pantas (QIS) mengesan secara automatik jenis sambungan

Internet. Ia memberi anda panduan untuk menyediakan WAN anda apabila berhadapan

dengan jenis sambungan Internet khas.
Untuk menyediakan WAN anda dengan menggunakan QIS:
1. Di bawah Internet status, klik GO dalam medan QIS.

2. Penghala menyokong lima jenis perkhidmatan ISP: Automatic IP, PPPoE, PPTP, L2TP,

dan Static IP. Pilih jenis sambungan dan ikuti arahan pada skrin untuk menyediakan

WAN anda.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai QIS, rujuk manual pengguna

yang disediakan dalam CD sokongan.