beautypg.com

Mengkonfigurasi penghala wayarles, 2) mengakses penghala wayarles, Mendapatkan alamat ip secara automatik – Asus RT-N13 User Manual

Page 20

background image

Panduan Mula Pantas Penghala Wayarles L-500gP V2

18

Bahasa Malaysia

Jika PC anda bersambung dengan penghala melalui kabel, lancarkan penyemak imbas web

dan halaman log masuk antara muka web penghala akan muncul secara automatik.

Nota: Bagi konfigurasi awal, kami menyarankan agar anda menggunakan

sambungan berwayar untuk mengelakkan masalah persediaan yang mungkin

berlaku disebabkan ketakpastian wayarles.

Jika PC anda bersambung dengan penghala secara wayarles, anda perlu memilih rangkaian

terlebih dahulu.

Untuk memilih rangkaian:
1. Klik Start > Control Panel > Network Connections > Wireless Network Connection.
2. Pilih rangkaian dari tetingkap Choose a wireless network. Tunggu sehingga ia

bersambung.

Nota: Secara lalai, SSID bagi RT-N13 adalah default. Sambungkan kepada SSID

lalai ini.

3. Selepas mewujudkan sambungan wayarles, lancarkan penyemak imbas web.

3. Mengkonfigurasi penghala wayarles

Menetapkan alamat IP bagi klien berwayar atau wayarles

Untuk mengakses Penghala Wayarles RT-N13, anda mesti mempunyai tetapan TCP/IP yang

betul pada klien berwayar atau wayarles anda. Tetapkan alamat IP klien dalam subnet RT-

N13 yang sama.

Mendapatkan alamat IP secara Automatik

Penghala Wayarles ASUS menyepadukan fungsi pelayan DHCP, dengan itu, PC anda boleh

mendapatkan alamat IP secara automatik dari Penghala Wayarles ASUS.

Nota: Sebelum but semula PC anda, HIDUPKAN penghala wayarles dan pastikan

penghala dalam keadaan sedia.

2) Mengakses penghala wayarles