beautypg.com

Philips AVENT Extractor eléctrico sencillo Comfort User Manual

Page 53

background image

Selepas digunakan:

Menyimpan susu badan

Hanya simpan susu badan yang dikumpulkan menggunakan pam yang disteril.
Susu badan boleh disimpan di dalam peti sejuk (bukan pada pintunya) sehingga 48 jam. Susu yang

diperah hendaklah disejukkan serta-merta. Jika anda menyimpan susu di dalam peti sejuk untuk

ditambah pada hari itu, hanya tambahkan susu yang telah diperah ke dalam botol atau bekas susu

badan yang telah disteril.

Susu badan dapat disimpan di dalam peti sejuk beku sehingga tiga bulan asalkan ia disimpan di dalam

sama ada botol disteril yang dipasang dengan gelang skru disteril dan cakera pengedap. Labelkan

botol dengan jelas dengan tarikh dan masa memerah, dan gunakan susu yang lebih lama dahulu.

Jika anda bermaksud untuk menyusukan bayi anda dengan susu badan yang diperah dalam masa 48

jam, anda boleh simpan susu ini di dalam peti sejuk di dalam botol AVENT Philips yang telah dipasang.

1

Buka skru botol dan keluarkan ia daripada badan pam.

2

Pasang puting yang disteril dan gelang skru pada botol mengikut arahan yang berasingan yang

disediakan dengan botol. Kedapkan puting dengan tudung kubah.

3

Di samping itu, masukkan cakera pengedap disteril ke dalam gelang skru dan skrukannya pada

botol.
Buat

- Sejukkan atau sejuk bekukan susu yang diperah dengan serta-merta setiap kali.

- Hanya simpan susu yang dikumpulkan dengan pam susu badan disteril di dalam botol yang telah

disteril.
Jangan

- Jangan sekali-kali menyejukbekukan semula susu badan yang telah dinyahbeku.

- Jangan sekali-kali menambah susu badan yang baru ke dalam susu badan yang telah beku.

Memberikan bayi anda susu badan yang diperah

Anda boleh memberi susu badan daripada botol dan cawan simpanan AVENT Philips kepada bayi anda.

1 Jika anda menggunakan susu badan yang dibekukan, biarkan ia ternyahbeku sepenuhnya sebelum

anda memanaskannya.

Nota: Dalam keadaan kecemasan, anda boleh menyahbeku susu itu di dalam mangkuk berisi air panas.

2 Panaskan botol atau cawan simpanan dengan susu badan sejuk atau dinyahbeku di dalam

mangkuk berisi air panas atau di dalam pemanas botol.

3 Tanggalkan gelang skru dan cakera pengedap dari botol atau tanggalkan penutup dari cawan simpanan.

4 Jika anda menggunakan cawan simpanan, skrukan gelang penyesuai ke atas cawan.

5 Skrukan gelang skru yang ternyahkuman dengan puting yang disteril ke atas botol atau ke atas

cawan simpanan dengan gelang penyesuai.
Buat

- Periksa suhu susu sebelum anda memberinya kepada bayi anda.

- Buang semua baki susu yang tinggal di akhir penyusuan.

Jangan

- Jangan sekali-kali memanaskan susu badan di dalam ketuhar gelombang mikro, kerana ini boleh

menyebabkan pemanasan tidak sekata dan mengakibatkan bahagian-bahagian panas di dalam

susu. Ia juga boleh merosakkan zat di dalam susu.

BahaSa MElayu

53

This manual is related to the following products: