beautypg.com

Menyambungkan peranti rangkaian, Menyelesai masalah – Asus FX-D1161 User Manual

Page 59

background image

Panduan Mula Ringkas

57

Ba

ha

sa

M

ala

ys

ia

Menyambungkan peranti rangkaian

Untuk menyambungkan peranti rangkaian ke suis.
1. Sambungkan satu hujung kabel Ethernet ke port Ethernet di bahagian belakang

suis. Sambungkan hujung yang satu lagi ke port Ethernet pada peranti rangkaian.

Ulangi langkah ini untuk menyambungkan peranti rangkaian tambahan.

• Gunakan kabel Category 5 (CAT5) Ethernet lurus lalu untuk memastikan

sambungan yang betul antara suis dan peranti rangkaian yang lain.

• Panjang kabel rangkaian hendaklah tidak melebihi 100 meter (328 kaki).

2. Pasangkan plag penyesuai AU ke alur keluar elektrik, kemudian pasang hujung

satu lagi penyambung kuasa pada bahagian belakang suis.

3. Penunjuk kuasa dan penunjuk port aktif akan menyala untuk menunjukkan

bahawa peranti telah DIHIDUPKAN dan sedang digunakan.

Menyelesai Masalah

Panduan penyelesaian masalah ini menyediakan jawapan bagi beberapa masalah

lazim yang anda mungkin alami semasa memasang dan/atau menggunakan

suis. Masalah ini memerlukan sedikit penyelesaian masalah yang mudah agar

anda boleh menjalankannya sendiri. Hubungi penjual anda jika anda mengalami

masalah yang tidak disebutkan di sini.

Penunjuk KUASA tidak menyala.

• Periksa jika kabel kuasa disambungkan ke suis dengan betul, dan ke alur

keluar elektrik dengan output voltan yang betul.

Penunjuk STATUS tidak menyala walaupun setelah kabel Ethernet

disambungkan.

• Periksa jika kabel Ethernet disambungkan ke suis dengan betul, dan ke peranti

rangkaian.
• Pastikan bahawa suis dan peranti rangkaian anda DIHIDUPKAN.
• Periksa jika kabel Ethernet menyokong kelajuan rangkaian anda. Pastikan

bahawa anda menggunakan sekurang-kurangnya kabel Category 5. Anda

boleh menggunakan kabel yang berkualiti lebih rendah jika kelajuan rangkaian

anda hanyalah 10 Mbps.

Q4151_FX-D1161.indb 57

9/26/08 12:32:28 PM