Penapisan dalam beberapa peringkat, Bahasa melayu, Pengenalan – Philips AC4065 User Manual
Page 30: Perihalan umum (gamb. 1)
30
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Dengan penulen udara ruang tamu (AC4065/AC4063) atau penulen udara bilik tidur (AC4055/
AC4053) yang baru ini, anda akan menghirup udara yang lebih bersih. Untuk hasil terbaik, letakkan
penulen udara ruang tamu (AC4065/AC4063) atau penulen udara bilik tidur (AC4055/AC4053) di
dalam bilik di mana anda menghabiskan masa paling lama, seperti ruang tamu atau bilik tidur.
Di mana sahaja terdapat orang, tanaman atau binatang kesayangan, terdapat zarah bawaan udara
yang boleh menjejaskan kesejahteraan anda, terutamanya jika anda menghidap alergi. Disebabkan
oleh zarah ini, udara di dalam sesebuah bilik mungkin lebih tercemar daripada udara di bandar raya
yang besar.
Biasanya, habuk tidak dapat dilihat dan tidak berbau. Namun, ia dapat memberi kesan kepada
kesihatan anda. Penulen udara ruang tamu (AC4065/AC4063) atau penulen udara bilik tidur
(AC4055/AC4053) mengurangkan jumlah virus, bakteria, kulit atau keruping haiwan dan bahan
cemar industri di dalam udara, yang akan meningkatkan kualiti udara.
Penapisan dalam beberapa peringkat
Penulen udara ruang tamu (AC4065/AC4063) atau penulen udara bilik tidur (AC4055/AC4053)
mempunyai sistem penapisan berbilang peringkat yang memastikan kualiti udara terbaik:
- Peringkat 1: Pra penapis menangkap zarah besar.
- Peringkat 2: Pengecas zarah corona mengecas zarah yang lebih halus.
- Peringkat 3: Penapis zarah ESP memerangkap zarah ultra halus yang bercas.
- Peringkat 4: Oksigen aktif mensterilkan bakteria dan virus yang terperangkap.
- Peringkat 5: penapis gas zeolite memerangkap rangkaian gas dan bau merbahaya yang meluas.
- Peringkat 6: Oksigen aktif bertindak dengan penapis gas zeolite untuk membersihkan gas dan
bau yang terperangkap, supaya penapis tersebut disegarkan semula.
Perihalan umum (gamb. 1)
A
Salur masuk udara
B
Salur keluar udara
C
Panel kawalan AC4065/AC4055
1 Lampu bersedia
2 Lampu kawalan udara pintar
3 Lampu kuasa rangsangan
4 Lampu kelajuan untuk kelajuan rendah, sederhana dan tinggi
5 Penunjuk kualiti udara
6 Butang pilihan fungsi
7 Lampu pemasa (1, 4 atau 8 jam)
8 Butang pemasa
D
Panel kawalan AC4063/AC4053
1 Butang hidup/mati
2 Lampu kelajuan untuk kelajuan rendah, sederhana dan tinggi
3 Gelangsar pilihan kelajuan
E
Panel hadapan
F
Penapis zarah ESP
G
Pra-tapis
H
Penapis gas Zeolite
I
Berus
J
Pengecas zarah corona
K
Ceruk
L
Badan perkakas
BAhAsA MElAyu