M langkah-langkah peringatan pengendalian, Langkah-langkah peringatan pengendalian – Canon AF-8 User Manual
Page 5
Attention! The text in this document has been recognized automatically. To view the original document, you can use the "Original mode".

m
LANGKAH-LANGKAH PERINGATAN
PENGENDALIAN:
1. Kamera ini tidak telap air dan tidak harus digunakan untuk
kegialan luar semasa hujan ataupun saiji. Jika ianya terjatuh ke
dalam air, sila hubungi pusai kemudahan perkhidmatan Canon
yang bertauliah. Hindari kamera dari terkena semburan garam
dan kelembapan yang keterlaluan. Jika digunakan di pantai, sila
bersihkan sepenuhnya dan selepas iiu lap dengan kain lembut
yang kering.
„
2, Simpan kamera di tempai yang redup, kering dan bebas habuk.
Pastikan kamera dihindari dari terkena pancaran terus sinar
matahari dan jangan disimpan di tempat panas seperti bonet atau
para cermin belakang kereta. Hindari juga dari tempat di mana
ubat gegat digunakan dan gunakan pengering di tempat yang
berkelembapan tinggi.
3. Jangan cuba membuka badan kamera sendiri kerana terdapat litar
voltan berkuasa tinggi di dalam.
4. Bateri mungkin boleh meletup atau lerbakar jika tersalah pasang,
dicas semula, dipintas, didedahkan kepada suhu tinggi atau
dimusnahkan di dalam api.
5. Gunakan berus lembut untuk menanggalkan habuk dan pasir dari
lensa dan bahagian dalam kamera. Jangan gunakan sebarang
jenis cecair kepada lensa dan badan kamera. Sila bawa kamera
ke pusat-pusat kemudahan perkhidmatan Canon untuk pencucian
yang sepenuhnya jika diperlukan.
6. Filem yang melalui pemeriksaan X-ray di lapangan terbang
mungkin terkena dedahan dan rosak walaupun ianya dimuatkan
di dalam kamera. Sila minta kaedah pameriksaan lain bagi
mengelakkan kerosakan.
7. Cetakan semula warna mungkin memberi kesan yang berlawanan
jika filem ditinggalkan lama di dalam kamera. Sila hantar kan
filem yang telah digunakan, dengan segera untuk pencucian.