beautypg.com

Pembersihan, Bekas habuk dan turas – Philips Aspirador de mano User Manual

Page 47

background image

Muncung lantai boleh digunakan untuk memvakum lantai keras dan

permaidani.

Muncung lantai dilengkapi dengan pengumpul bulu-bulu yang

menghilangkan rambut dan bulu-bulu.
Nota: Lalukan pengumpul bulu-bulu dengan perlahan agar menyentuh

rambut dan/atau bulu-bulu yang harus dihilangkan. Rambut dan/atau bulu-

bulu akan dilepaskan dari permukaan, dikumpulkan dan kemudian disedut.
Nota: Muncung lantai membolehkan anda menghentikan pengvakuman buat

masa yang pendek (cth. untuk menjawab telefon) tanpa membongkok dan

meletakkan batang di atas lantai. Hanya tolak batang ke hadapan

sehingga jejari dan rabung pada muncung lantai dijajarkan. Ini menjadikan

pembersih vakum berdiri tegak dengan sendirinya. (Gamb. 16).

Laraskan panjang batang supaya menjadi panjang yang paling selesa

semasa membersihkan dengan vakum. Tolak gegelang ke bawah dan

tarik bahagian atas batang ke atas atau tolaknya ke

bawah (Gamb. 17).

Untuk melepaskan batang teleskopik, tekan butang pelepas di

bahagian belakang pembersih vakum (1) dan tarik batangnya dari

perkakas () (Gamb. 18).

pembersihan

Bahaya: Jangan tenggelamkan pembersih vakum, pengecas atau palam

penyesuai ke dalam air atau sebarang cecair lain.

Sentiasa putuskan sambungan pengecas dan perkakas daripada salur

kuasa utama sebelum anda membersihkannya.

1

Bersihkan tapak pengecasan dan perkakas dengan kain lembap.

Bekas habuk dan turas

Pastikan anda mengosongkan bekas habuk dan bersihkan turas dengan

kerap.

Bahasa MElayu

7

This manual is related to the following products: