beautypg.com

Bahasa melayu, Pengenalan, Penting – Philips HR1821 User Manual

Page 18: Bahaya, Amaran, Awas, Medan elektro magnet (emf), Perihalan umum (gamb. 1)

background image

18

Pengenalan

Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya

daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/

welcome.

Penting

Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk

rujukan masa depan.

Bahaya

Jangan sekali-kali tenggelamkan unit motor ke dalam air atau apa-apa cecair lain, atau

membilaskannya di bawah paip.
amaran

Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa

setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.

Jangan gunakan perkakas jika kord utama, plag atau bahagian lain sudah rosak.

Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips

atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.

Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang

kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,

kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang

bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas itu.

Jangan sekali-kali biarkan perkakas beroperasi tanpa diawasi.

Jika anda mengesan keretakan di dalam penapisnya atau penapisnya rosak dengan apa cara pun,

jangan gunakan perkakas lagi dan hubungi pusat servis Philips yang terdekat.

Jangan sekali-kali mencapai ke dalam tiub suapan dengan jari anda atau dengan sesuatu objek

semasa perkakas sedang berjalan. Hanya gunakan penolaknya untuk tujuan ini.

Jangan sentuh mata pisau semasa anda membersihkannya. Mereka sangat tajam.

Aras hingar: Lc =74 dB [A]
Awas

Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di rumah sahaja.

Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari pengilang lain atau yang

tidak disarankan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian yang

sedemikian, jaminan anda akan dibatalkan.

Pastikan semua bahagian dipasang dengan betul sebelum anda menghidupkan perkakas.

Gunakan perkakas hanya apabila kedua-dua pengapit terkunci.

Hanya buka kunci pengapit selepas anda telah mematikan perkakas dan penuras telah berhenti

berputar.

Jangan tanggalkan bekas pulpa apabila perkakas sedang berjalan.

Jangan biarkan perkakas hidup melebihi 2 minit tanpa henti. Jika anda belum selesai membuat jus,

biarkan perkakas menyejuk selama 2 minit sebelum menghidupkannya semula.

Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Medan Elektro Magnet (EMF)

Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).

Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat

untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

BaHasa MElayu

This manual is related to the following products: